fbpx

1 maut, 2 cedera ditikam dekat Menara Eiffel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis forensik berada di lokasi kejadian tikaman di Paris semalam. - AFP

PARIS, Perancis – Sekurang-kurangnya seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu serangan di pusat bandar Paris semalam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, seorang penyerang menyasarkan pelancong di sekitar kawasan Quai de Grenelle, berhampiran Menara Eiffel.

Suspek, yang merupakan warganegara Perancis berusia 26 tahun dilaporkan telah ditahan.

Memetik sumber polis, agensi berita AFP melaporkan bahawa mangsa yang maut akibat ditikam dikenal pasti sebagai warga Jerman. Mereka yang cedera pula dirawat oleh perkhidmatan kecemasan.

Jelas Darmanin, suspek pernah dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada 2016 kerana merancang serangan lain dan berada dalam senarai pemerhatian perkhidmatan keselamatan Perancis.

Selain itu, dia juga dilaporkan mengalami gangguan psikiatri. 

Polis kini menjalankan operasi di sekitar stesen metro Bir-Hakeim dan menggesa orang ramai agar mengelak kawasan itu. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI