fbpx

PRK Kemaman: Anak bantu bapa tiada tempurung kepala mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bersama anaknya, Siti Musliha, Azlina selepas selesai mengundi di SK Kampung Baru Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Masalah kesihatan termasuk tahap penglihatan kurang jelas bukan alasan buat seorang lelaki untuk turun mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini.

Mohamad Boto, 55, yang menetap di Kampung Chabang, Kerteh di sini menunaikan tangggungjawab itu di pusat pengundian, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh di sini dengan dibantu anaknya, Siti Musliha Azlina, 25.

Siti Musliha Azlina berkata, kesihatan bapanya merosot teruk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu pada Disember tahun lalu.

“Tempurung kepalanya terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku di kepala akibat kemalangan tersebut.

“Ia menyebabkan penglihatan kabur, pertuturan kurang jelas, keupayaan fizikal terganggu dan kadang-kala daya ingatan juga terjejas,” katanya ketika ditemui di pusat pengundian, SK Kampung Baru Kerteh di sini hari ini.

Siti Musliha Azlina berkata, begitupun, bapanya tetap bersemangat tinggi untuk mengundi pada PRK Parlimen Kemaman kali ini.

Tambahnya, dia membantu memangkah pada kertas undi memandangkan keupayaan tangan bapanya sudah semakin lemah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI