fbpx

Wanita belasah lelaki di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dibelasah sekumpulan wanita di sebuah pusat beli-belah di Las Vegas, Jumaat lalu. - Foto PROLIFICJONNY5

WASHINGTON – Seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan wanita yang marah di sebuah pusat beli-belah dekat Las Vegas dalam negeri Nevada, lapor portal berita Fox News semalam.

Kejadian berlaku baru-baru ini.

Lelaki yang identitinya tidak diketahui itu diserang oleh wanita-wanita tersebut. Mereka  menampar, menumbuk, menyelak rambut, malah cuba membuka seluarnya.

Seorang penyanyi rap, Johnathan Gray  yang turut dikenali sebagai PROLIFICJONNY5 merakam kejadian itu. Dia menggambarkannya sebagai insiden ganas apabila salah seorang wanita itu ditikam di mukanya. 

Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan wanita yang menyerang wanita lain, mengheretnya ke lantai dan menamparnya.

Pusat beli-belah itu mengeluarkan kenyataan dengan berkata: “Kami menyedari video yang beredar di media sosial. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap tingkah laku seperti ini. 

“Pegawai-pegawai keselamatan dan rakan kongsi kami di Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas bertindak balas dengan cepat untuk menangani situasi dan mengeluarkan individu tersebut (dari pusat beli-belah). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI