fbpx

NGO, penduduk bantah konsert hiburan di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa NGO serta penduduk membuat laporan polis di IPD Nilai bagi membantah penganjuran konsert hiburan yang bakal diadakan di Nilai awal bulan Disember depan.

NILAI – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk membuat laporan polis bagi membantah penganjuran konsert hiburan yang bakal diadakan di Nilai awal bulan Disember depan.

Wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Nilai, Zulfakar Belian berkata, penganjuran konsert tersebut pada 2 dan 3 Disember ini boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial yang boleh menganggu ketenteraman awam.

Zulfakar berkata, lokasi penganjurannya juga kurang sesuai kerana berdekatan dengan Masjid Putra Nilai dan Masjid Desa Indah iaitu tidak sampai 500 meter.

“Lagi pun di sekitar lokasi konsert juga adalah majoriti penduduk beragama Islam dan ia boleh mengundang suasana tidak harmoni.

“Kita juga bimbang akan berlaku perbuatan tidak bermoral seperti mabuk, dadah dan seks bebas,” katanya selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Menurut Zulfakar, laporan polis berhubung bantahan itu telah dibuat pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan penganjuran konsert berkenaan sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Kita juga difahamkan ada dalam kalangan artis jemputan merupakan bekas pelakon porno.

“Saya juga percaya penduduk-penduduk Nilai juga akan membantah dan pihak PBT perlu mengambil langkah membatalkannya atau dibuat di lokasi lain yang lebih sesuai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI