fbpx

Lelaki suara ‘feminin’ ditangkap basah JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar JAIS ketika menyerbu bilik hotel sekumpulan lelaki tersebut.

PETALING JAYA – Hanya disebabkan salah seorang rakan memiliki ‘suara wanita’, sekumpulan lelaki yang berada di sebuah bilik hotel diserbu anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Video berdurasi 22 saat itu dikongsikan oleh pengguna TikTok @Jiey dan mendapat lebih 41,000 sukaan setakat ini.

“Sebab suara dia pencegah maksiat datang.

“Siapa yang ‘call’ pencegah maksiat ni? Ya Allah ya Tuhanku!,”soal perakam video diiringi gelak ketawa yang lain.

Gara-gara tersalah terjah, anggota JAIS dan kumpulan lelaki terbabit hanya mampu ketawa geli hati sesama sendiri.

Melihat situasi kelakar itu, para penonton turut terhibur dan ada segelintir yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan.

“Cegah maksiat lelaki sama lelaki pun boleh hahaha,”komen bibigarl.

“Naya pak karim,”ujar zaza lambert. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI