fbpx

JDT akur tersingkir pada saingan ACL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT terpaksa mengakhiri saingan ACL musim ini selepas terkandas di peringat kumpulan ekoran kekalahan besar kepada Frontale kelmarin. - JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari jelas kecewa setelah skuad bimbingannya ditunjukkan jalan keluar dari saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) selepas dimalukan dengan kekalahan 0-5 oleh Kawasaki Frontale.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Kawasaki Todoroki, Jepun kelmarin, Solari menyifatkan skuad Harimau Selatan itu tidak beraksi seperti kebiasaannya sehingga berdepan kekalahan memalukan itu.

Dalam lima aksi Kumpulan I, JDT hanya mengutip enam mata setelah menang dua perlawanan dan tewas dua kali di tangan Kawasaki Frontale serta tewas sekali kepada kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

“Bagi kami perlawanan malam ini, agak berbeza di mana kami tidak beraksi seperti yang kami inginkan.

“Ini bermakna kami (JDT) telah tersingkir daripada saingan kali ini, biarpun masih ada satu perlawanan untuk diharungi selepas ini.

“Biarpun kelihatan kami beraksi dengan yakin (di awal permainan), namun kami tidak beraksi sebagaimana yang sepatutnya,” katanya dalam sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan berkenaan, gawang JDT bolos seawal minit ke-8 menerusi jaringan Akihiro Ienaga, namun JDT masih berjaya mengimbangi perlawanan dan menyaingi kehebatan pasukan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Toru Oniki terus mengganas dan berjaya merobek gawang JDT tiga kali dalam tempoh 25 minit permainan hasil jaringan Leandro Damiao pada minit ke-50 diikuti Marchinho (min ke-60) dan Yu Kobayashi (min ke-69).

Pemain pertahanan, Miki Yamane meledak gol kelima pada minit ke-88 melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah ke atas juara Liga Super musim ini.

Mengulas lanjut, Solari memberitahu, skuad kendaliannya itu dilihat hilang tumpuan secara tiba-tiba hingga menyumbang kepada kekalahan terburuk pada musim ini.

JDT akan berdepan pasukan tercorot, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim pada 12 Disember ini pada aksi pelengkap jadual.

20

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI