fbpx

Dua pelajar ditahan pukul rakan sebaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek kelihatan menendang mangsa sehingga tersungkur di hadapan sebuah sekolah di Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN – Polis menahan dua pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di sini kerana disyaki memukul rakan sebaya mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata kedua-dua remaja itu ditangkap selepas menerima laporan daripada mangsa kira-kira pukul 9 pagi, semalam.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 10 pagi hari sama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan telah membuat tangkapan ke atas dua suspek iaitu remaa berumur 16 dan 17 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, katanya kes turut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI