fbpx

Terengganu pertimbang kembali kutip cukai pintu bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Sukairi.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu sedang mempertimbangkan cadangan untuk kembali melaksanakan kutipan cukai pintu kediaman secara bersasar bagi mengatasi masalah kekurangan hasil yang agak besar dialami sejak lima tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM82.5 juta berikutan pengecualian kutipan cukai pintu rumah kediaman sejak tahun 2018.

“Kerajaan negeri (Terengganu) menerima banyak cadangan daripada pelbagai pihak agar melaksanakan semula cukai pintu ini secara bersasar.

“Kita akan mengkaji cadangan-cadangan itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Khazan Che Mat (Parti Pribumi Bersatu Malaysia-Seberang Takir) pada Sidang DUN Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu Khazan dalam sesi soalan lisan bertanya tentang hasil sepatutnya dikutip kerajaan negeri Terengganu dalam tempoh lima tahun pelaksanaan pengecualian kutipan cukai pintu kediaman berkenaan.

Wan Sukairi (Pas-Wakaf Mempelam) berkata, pengecualian kutipan cukai pintu kediaman terbabit merupakan salah satu manifesto dijanjikan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelas beliau, pengecualian itu melibatkan semua kediaman penduduk yanh terdapat di tujuh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI