fbpx

RUU Kawalan Merokok dibaca kali pertama hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika bacaan pertama RUU Larangan Merokok di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, RUU tersebut komprehensif bagi mengawal selia penggunaan vape dan rokok elektronik yang semakin meluas dalam masa yang sama mengatasi kelompangan undang-undang sedia ada.

RUU itu, adalah percubaan ketiga kementerian untuk menggubal undang-undang mengenai kawalan terhadap merokok dan vape, dibentangkan oleh Menteri Kesihatan.

Versi RUU sebelum ini memperkenalkan langkah-langkah yang bertujuan untuk menghalang sesiapa yang lahir dari tahun 2007 dan seterusnya daripada membeli tembakau atau produk nikotin. Ia kemudian dikenali sebagai golongan generasi penamat (GEG).

“RUU ini antara lain menetapkan antaranya larangan jualan produk tembakau, bahan merokok atau produk penggantinya atau mengadakan khidmat merokok kepada orang belum dewasa.

“Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM500 atau diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001,” demikian menurut Perkara 17(2) RUU tersebut.

Bacaan kali kedua RUU tersebut dijadual dibacakan pada esok (Rabu).

Terdahulu, RUU tersebut dirujuk kepada JKPK Kesihatan buat kali kedua, selepas kali pertama dibentangkan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Ogos tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI