fbpx

Amitabh hadiahkan anak sulung rumah agam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMITABH menghadiahkan anak sulungnya sebuah rumah agam yang menjadi rumah pertama miliknya sejak bergelar anak seni.

BINTANG legenda Amitabh Bachchan dan isterinya Jaya Bachchan menghadiahkan satu daripada lima buah banglo milik mereka kepada anak sulung, Shweta Bachchan.

Kediaman yang dinamakan Prateeksha tersebut ditukar milik buat puterinya yang juga penulis, kolumnis dan ahli perniagaan sejak beberapa bulan lalu.

Hartanah berkenaan dibeli aktor itu sejak 1975 dan diduduki bersama kedua-dua orang tuanya sebelum mereka berpindah di sebuah lagi rumah sekitar satu kilometer dari Prateeksha.

Penyerahan kediaman ikonik di Juhu dianggarkan nilai puluhan juta ringgit dengan keluasan 16,840 kaki persegi itu dilakukan pada 8 November lalu.

Selain Shweta, Amitabh, 81, dan Jaytera mempunyai seorang lagi anak, Abhishek yang juga suami kepada Aishwarya Rai.

Banglo yang diserahkan kepada Shweta itu menyimpan memori manis permulaan kariernya yang disokong kedua-dua ibu bapa iaitu penyair Harivansh Rai Bachchan Dan Teji Bachchan.

Malah nama Prateesha sendiri diberikan oleh datuknya ketika Amitabh membeli hartanah pertamanya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI