fbpx

Wahab kemurungan, perlu sedikit masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani dilaporkan mengalami kemurungan dan perlu sedikit masa untuk tampil beri keterangan.

Wakil peguam, Faizal Abd Rahman berkata, pihaknya sentiasa memberi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung video perbualan berbaur lucah yang dikaitkan dengan kedua-dua anak guamnya termasuk Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

“Saya sentiasa berhubung dgn pihak PDRM. Jadi, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain semalam (mengenai Wahab) ada sedikit salah faham.

“Bukit Aman ada menghubungi saya pada pagi tadi. Saya juga telah menyatakan bahawa akan memberikan komitmen untuk Wahab beri keterangan dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, Wahab mengalami kemurungan dan Bukit Aman setuju untuk beri beliau masa,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan Razarudin berkata, tindakan memanggil Abdul Wahab untuk membantu siasatan sudah dilakukan namun sehingga masih tiada maklum balas daripadanya.

Jelas beliau, pelbagai usaha dilakukan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam mengesan Abdul Wahab.

“Kita telah beberapa kali cuba menghubunginya namun telefon bimbit telah dimatikan. Usaha menjejakinya masih dilakukan pihak polis melalui peguam.

“Jadi kita minta Abdul Wahab untuk tampil bagi membantu siasatan kes ini. Dia (Abdul Wahab) merupakan saksi penting selain dapat mengesahkan identiti Mr. H,” katanya semalam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI