fbpx

Duduk atas bumbung selamatkan diri kereta jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan tiga lelaki selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki terpaksa memanjat bumbung kenderaan apabila Proton Saga FLX dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai sedalam enam kaki di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Sharol Suboh berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.32 malam sebelum seramai lapan anggota beserta satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati tiga lelaki berusia sedang duduk di atas bumbung kereta yang telah terjunam ke dalam sungai berkenaan.

“Anggota kemudian menggunakan tali dan jaket keselamatan untuk menyekat ketiga-tiga mangsa sebelum mereka dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Sharol, salah seorang daripada tiga mangsa yang berusia antara 33 hingga 39 tahun mengalami kecederaan dan dalam keadaan lemah, namun selamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI