fbpx

Penumpang menjerit bagai dirasuk dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang wanita menjerit dan melompat ke atas tempat duduk di dalam sebuah pesawat di AS, baru-baru ini. - Foto Eurweb

WASHINGTON – Suasana di dalam kabin sebuah pesawat syarikat penerbangan Frontier Airlines bertukar huru-hara apabila seorang wanita mula menjerit seperti dirasuk ketika berada di ruang udara Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Fox News semalam.

Insiden itu berlaku pada 16 November lalu ketika pesawat tersebut terbang dari Houston ke Denver.

Penerbangan bagaimanapun terpaksa dilencongkan ke Dallas bagi menurunkan penumpang wanita tersebut selepas dia ditahan oleh kru penerbangan.

Video dikongsikan seorang penumpang menunjukkan wanita yang tidak dikenali itu dihalang oleh kru penerbangan lalu dia berkata: “Berhenti menarik lengan saya.”

Semasa ditahan oleh kru kabin, dia mula melompat ke atas beberapa tempat duduk di dalam pesawat. 

“Berhenti menghalang saya,” kata wanita itu sebelum dia dilihat memukul seorang individu.

Dalam pada itu, seorang pramugari cuba menenangkan penumpang dengan membuat pengumuman menerusi sistem audio sambil berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, saya meminta agar semua orang sila duduk sekarang.”

Sejurus pesawat itu mendarat, anggota penguat kuasa undang-undang dilihat membawa wanita itu keluar dari kapal terbang tersebut, manakala jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan kemudian mengesahkan kepada Fox News Digital mengenai kejadian tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI