fbpx

Budak setahun setengah korban pertama banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPDA menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan sungai berhampiran Kampung Kenari, Kota Bharu hari ini. -Foto BOMBA

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia satu tahun setengah menjadi korban pertama banjir di Kelantan selepas tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari di sini, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Pegawai Bomba Kanan, Muhammad Samsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.17 tengah hari tadi sebelum 16 orang anggota dari dua buah balai bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba tiba di lokasi berkenaan pada pukul 12.39 tengah hari dan mendapati seorang kanak-kanak berusia setahun setengah lemas di sungai tersebut.

“Siasatan mendapati, mangsa dipercayai bermain di belakang rumah sebelum tergelincir ke dalam sungai berhampiran.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah menjalankan operasi selaman dan menemui mangsa kira-kira pukul 1.40 tengah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kanak-kanak tersebut merupakan korban pertama banjir di Kelantan pada musim tengkujuh kali ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI