fbpx

Liga Super: Selangor mudah atasi Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Selangor, Sharul Nazeem (tengah) meledak gol pembukaan perlawanan seawal minit ketiga. - Selangor FC

PETALING JAYA – Tempoh rehat terlalu lama langsung tidak menjejaskan kualiti permainan Selangor apabila membelasah Perak 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Keputusan itu mengembalikan rentak kemenangan di gelanggang sendiri dan paling penting adalah mengukuhkan kedudukkan kedua dalam carta Liga Super dengan 55 mata.

Walaupun hampir dua bulan tanpa aksi kompetitif, kualiti Selangor seakan langsung tidak terjejas apabila berjaya membuka jaringan awal pada minit ketiga menerusi Sharul Nazeem Zulpakar yang menanduk masuk sepakan penjuru Yohadry Orozco.

Gol itu nyata menjadikan Perak tampil lebih positif dengan menerapkan permainan secara terbuka malah penjaga golnya, T. Shaheeswaran turut tampil cemerlang menafikan beberapa lagi percubaan terbaik Red Giants.

Selepas mempersiakan beberapa peluang terbaik, kerja keras tuan rumah akhirnya membuahkan hasil dan kali ini giliran Mukhairi Ajmal meledak gol kedua pada minit ke-33.

Perak tampil berwajah baharu di babak kedua apabila tampil agresif di awal babak kedua sekaligus menjadikan permainan bertambah menarik.

Selangor yang memiliki beberapa lagi peluang keemasan wajar menyalahkan diri sendiri kerana berterusan dihimpit masalah penyudah untuk menambah jaringan.

Bagaimanapun, minit ke-73 sisa perjuangan Perak akhirnya menemui titik noktah apabila Orozco meledak gol ketiga Selangor sebelum De Valle melengkapkan jaringan keempat tuan rumah pada minit ke-80. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI