fbpx

[VIDEO] Ajal dirempuh kereta ketika bersarapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular sebuah kereta merempuh sebuah kedai makan hingga menyebabkan seorang warga emas maut dalam kejadian di Taman Meranti, Bahau, Jempol, pagi tadi.

JEMPOL – Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas sewaktu bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Meranti, Bahau, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa, Tan Joo Lan, 75, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian leher.

Menurut beliau, kejadian pada pukul 8.50 pagi itu dipercayai berlaku ketika pemandu kereta berusia 78 tahun memandu seorang diri dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti.

“Setiba di lokasi kejadian, sewaktu hendak meletakkan kenderaan di hadapan kedai makan tersebut, tiba-tiba pemandu kereta tertekan pedal minyak dan melanggar dua orang awam yang sedang makan di kedai tersebut.

“Akibat kejadian itu, seorang mangsa cedera parah di leher dan disahkan maut di tempat kejadian. Seorang lagi mangsa wanita berusia 35 tahun cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya hari ini.

Chang Hook memberitahu, pemandu kereta kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI