fbpx

Warga emas disyaki cabul dua budak perempuan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas yang juga mangsa banjir ditahan polis bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Nerus semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 61 tahun diberkas aduan daripada keluarga kedua-dua mangsa berusia tujuh tahun.

“Siasatan awal mendapati lelaki dan keluarga mangsa yang merupakan mangsa banjir ditempatkan di PPS sama.

“Suspek dikatakan telah mengajak kanak-kanak perempuan itu kononnya untuk menelaah pelajaran sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian tersebut kemudiannya membuat laporan polis secara berasingan di Balai Polis Gong Badak di sini semalam.

Beliau berkara, suspek yang sedang berada di PPS berkenaan telah ditahan berikutan dua laporan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tambahnya, susulan insiden itu, tahap keselamatan di semua PPS di negeri ini telah dipertingkatkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI