fbpx

Saya dalam tempoh berehat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid memuat naik gambar terbarunya dalam keadaan ceria disebalik desas-desus yang mendakwa beliau sedang sakit.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memuat naik gambar terbarunya dalam keadaan ceria disebalik desas-desus yang mendakwa beliau sedang sakit.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memaklumkan beliau kini dalam tempoh berehat di atas nasihat doktor sebelum kembali bertugas.

“Alhamdulilah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan saya selepas menjalani pembedahan tempoh hari.

“Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, saya dalam tempoh berehat sebelum kembali bertugas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beberapa hari lalu, anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani satu prosedur pembedahan baru-baru ini.

Terdahulu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam Facebooknya memaklumkan Ahmad Zahid dipercayai melakukan pembedahan membuang ketumbuhan disyaki kanser prostat.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihNya,” kata Ahmad Zahid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI