fbpx

PLKN 3.0 dilaksana 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dicadangkan Kementerian Pertahanan sebelum ini hanya boleh dilaksanakan pada 2025 selepas semua proses libat urus dan kajian terperinci dijalankan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, program tersebut yang dirancang akan dilaksanakan pada tahun hadapan tidak dapat dijalankan kerana tiada peruntukan untuk program terbabit dalam Belanjawan 2024.

“Untuk itu, kita memerlukan usaha untuk menaik taraf 13 Kem Wataniah di seluruh negara terlebih dulu. Kementerian Pertahanan perlu menaik taraf terlebih dulu Kem Wataniah yang bakal menjadi lokasi program terbabit.

“Bagi perincian mekanisme pelaksanaan PLKN, ia hanya diketahui selepas kementerian merangkanya bersama pemegang taruh, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dan sebelum kita memuktamadkan program berkenaan ia perlu mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri untuk menghidup atau meneruskannya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen.

Terdahulu, Mohamad berkata, PLKN akan diadakan dalam dua fasa yang mana Fasa Satu membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasa.

Dalam pada itu, bagi pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa Satu kerana perlu membuat persediaan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menyertai Fasa Dua di kem latihan tentera wataniah sedia ada. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI