fbpx

Pemisah Papua ugut bunuh juruterbang New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mehrtens dikelilingi puak pemisah TPNPB selepas ditahan Februari lalu. - TPNPB

JAKARTA – Kumpulan pemberontak di wilayah Papua, Indonesia mengeluarkan klip video memaparkan situasi mereka mengacukan senjata api pada juruterbang New Zealand yang dijadikan tebusan dan mengancam membunuhnya. 

Akhbar Metro UK melaporkan, kumpulan itu mengancam untuk membunuh Philip Mark Mehrtens, 37, yang ditahan di lapangan terbang Nduga sejak 7 Februari lalu sekiranya tuntutan mereka gagal dipenuhi.

Mehrtens yang berkhidmat untuk syarikat penerbangan domestik, Susi Air diculik Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB) yang menuntut kemerdekaan wilayah Papua.

Dalam klip terbaharu itu, pemimpin TPNPB iaitu Egianus Kogeya berkata, Mehrtens akan ditembak mati dalam tempoh dua bulan akan datang sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Kementerian Luar New Zealand sudah maklum mengenai video baharu itu dan mereka dilaporkan akan terus berusaha untuk membebaskan Mehrtens.

Jurucakap TPNPB, Sebby Sambom sebelum ini menulis di laman Facebook bahawa Mehrtens akan dijadikan sebagai tebusan dalam melakukan perundingan dengan pemerintah Indonesia.

TPNPB menegaskan bahawa Mehrtens tidak akan dibebaskan melainkan wilayah Papua dimerdekakan.

Bagaimanapun, Indonesia terus bertegas bahawa Papua akan kekal sebagai sebahagian daripada wilayah Indonesia walaupun menerima tuntutan daripada kumpulan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI