fbpx

5 mangsa termasuk bayi terselamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba menyelamatkan lima orang mangsa termasuk bayi dalam kebakaran di sebuah rumah penginapan.

GEORGE TOWN – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan lima penghuni termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah penginapan di Taman Sri Nibong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa terdiri dua wanita berusia 30-an bersama bayi dan dua kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.20 pagi dan operasi menyelamatkan melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru.

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan dengan bantuan BBP Jalan Perak.

“Kebakaran berlaku membabitkan satu lampu dan struktur siling di bahagian tangga tingkat atas rumah dua tingkat kelas yang dijadikan sebagai rumah penginapan.

“Terdapat lima mangsa didapati terperangkap dalam bilik di tingkat atas dan telah berjaya dikeluarkan serta diberi rawatan awal,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI