fbpx

Polis buru enam lelaki terlibat samun bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN –  Polis memburu enam suspek dipercayai terlibat dalam kes samun kumpulan bersenjata di sebuah taman perumahan di Lenggeng awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pada pukul 8.12 pagi, kaunter aduan Balai Polis Lenggeng telah menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 32 tahun menyatakan keluarganya telah disamun.

“Kejadian disedari berlaku pada jam 2.30 pagi, semasa pengadu sedang tidur di dalam bilik utama bersama isteri dan anak-anak tiba-tiba didatangi enam orang lelaki tidak dikenali dan kemudian telah mengacukan parang ke arah pengadu.

“Suspek telah mengikat tangan dan kaki pengadu sekeluarga. Hasil siasatan mendapati kesemua suspek memakai topeng muka dan suspek dipercayai memasuki rumah pengadu melalui salah satu pintu.

“Dalam kejadian itu, pengadu dan keluarga tidak dicederakan bagaimanapun suspek berjaya melarikan wang tunai dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM40,000,” katanya.

Berikutan itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah IPD Nilai di talian 06 – 7904389.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI