fbpx

Pemborong, pembekal jangan sorok bekalan makanan semasa musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kiri) memantau bekalan beras untuk jualan semasa musim banjir di Jasmine Food Corporation, Pengkalan Chepa hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengingatkan kepada semua pemborong dan pembekal agar tidak menyembunyikan keperluan asas terutamanya makanan untuk mengaut lebih keuntungan semasa musim banjir.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, sehubungan itu, seramai 127 anggota penguat kuasa KPDN sentiasa membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan keperluan di pasaran.

Menurutnya, beliau memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kegiatan menyembunyikan bekalan keperluan asas ketika musim banjir.

“Isu menyembunyikan bekalan kebiasaannya berpunca daripada pemborong atau pembekal yang ingin mengaut keuntungan lebih apabila khabar angin berkaitan kenaikan harga barangan.

“Tidak berlaku isu sorok bekalan semasa banjir, namun kita tetap membuat pemantauan sepanjang masa terutamanya di sempadan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pemantauan rantaian pengedaran barangan keperluan asas di Jasmine Food Corporation, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azman memberitahu, KDPN Kelantan memberi jaminan bekalan makanan asas dan bahan mentah akan mencukupi bagi menampung keperluan pengguna semasa musim banjir di negeri ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI