fbpx

Lelaki sesak nafas, lima buah rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan lima buah rumah di Taman Sri Impian, Sungai Petani, pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki mengalami sesak nafas dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Taman Sri Impian, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30 tahun tersebut telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba 1 (TPgB), Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 2.49 pagi.

Ismail berkata, setiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kebakaran melibatkan lima buah rumah kelas A.

“Sebanyak empat buah rumah dianggarkan musnah 90 peratus manakala sebuah rumah lagi musnah 30 peratus. Selain itu, tiga buah motorsikal penghuni juga turut musnah dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI