fbpx

Kena denda sorok burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Kong

SEREMBAN – Gara-gara menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen pada 2016, seorang peniaga kedai haiwan peliharaan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan atas kesalahan berkenaan.

Orang kena saman (OKS), Tan Chee Kong, 38, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Mengikut pertuduhan pertama, OKS didapati tanpa lesen telah menyimpan sebelas ekor burung kelicap kunyit iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 1976).

Bagi pertuduhan kedua pula, Chee Kong pada waktu, tarikh dan lokasi yang sama, didapati telah menyimpan tanpa lesen dua ekor burung bayan serindit betina iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta 716. Oleh itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 62, Akta 716 dan boleh dihukum di bawah seksyen akta yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, Mazni menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau empat bulan penjara jika gagal bayar dan bagi pertuduhan kedua pula, OKS dikenakan denda sebanyak RM30,000, jika gagal bayar enam bulan penjara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI