fbpx

Ancaman bom sekolah: 21 laporan diterima di KL, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

PETALING JAYA – Sebanyak 21 laporan polis diterima susulan beberapa siri ancaman bom palsu membabitkan sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berlarutan sejak semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berlaku peningkatan jumlah laporan ancaman tersebut bermula pagi tadi.

“Ada 15 laporan polis (diterima) melibatkan 14 buah sekolah setakat pagi tadi.

“Bagaimanapun, sesi persekolahan berjalan seperti biasa, pihak polis beri jaminan keselamatan warga sekolah dijaga,” katanya ringkas kepada Kosmo!.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya menerima enam laporan polis berkaitan kejadian itu.

Terdahulu, media melaporkan jumlah sekolah swasta dan kerajaan yang menerima ancaman bom palsu yang dihantar menerusi e-mel meningkat kepada 27 kes.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis berhubung kes-kes berkenaan diterima di lapan buah negeri sehingga pukul 9 malam tadi.

Menurut beliau, jumlah kes di Selangor meningkat kepada 8 kes, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 6 kes, manakala dua kes masing-masing di Perak dan Pulau Pinang

Sementara itu di Kedah, Negeri Sembilan dan Sarawak pula masing-masing merekodkan satu kes.

Razarudin turut menjelaskan semakan pihaknya mendapati banyak ancaman bom palsu dilapor berlaku di beberapa negara sepanjang minggu ini.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan PDRM memantau rapi perkembangan keselamatan di dalam negara dan ibu bapa, guru serta murid-murid tidak perlu bimbang dengan situasi yang berlaku.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI