fbpx
Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah Syed Zainal Syed Mohamed (kiri) di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

Sultan Selangor kurnia watikah 32 jawatan utama agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada 32 individu termasuk Hakim Mahkamah Syariah negeri.

Kesemua penerima itu turut meliputi Orang Besar Istana, anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pendaftar Wali Raja pada satu majlis istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini, pagi tadi.

MAIS memaklumkan pelantikan itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003).

“Pelantikan Orang Besar Istana dikurniakan kepada Kerabat Diraja Negeri Selangor iaitu Muhammad Faez Muhammad.

“Anggota MAIS sesi 2024-2026 dikurniakan kepada Penasihat Undang-Undang negeri, Mohamed Onn Abd. Aziz manakala pelantikan anggota panel tetap Hakim Rayuan Syariah negeri kepada Datuk Amran Mohd. Zain, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid, Noor Hadina Ahmad Zabidi dan Datuk Mohammad Adib Husain,” katanya.

Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, ia dikurniakan kepada Abdul Shukor Abd Hamid; Siti Salwa Mohd. Nor@Ghazali; Umamuddin Yunus; Marina Abdul Rahman dan Norul Aina Bahari.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor membabitkan Siti Noraini Mohd. Ali; Siti Fatimah Ahmad Maulana; Aminullah Bahrin dan Nik Mohd. Fitri Nik Yahaya.

Turut menerima watikah adalah Abdul Hadi Umar, Puan Sri Kauthar Mohamad Banun dan Harun Hashim sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Dalam istiadat sama, Jafri Abdullah dilantik Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk manakala Lukman Mohd. Hosni sebagai Pendaftar Kanan manakala Mohd. Rizal Ismail untuk Pendaftar Kanan dan Pendaftar Wali Raja serta Norawi Endut sebagai Pendaftar Wali Raja.

Pada istiadat itu, seramai 10 penerima watikah bagi pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dikurniakan kepada Tan Sri Syed Zainal Syed Mohamed Tahir sebagai Pengerusi manakala Mohamed Izam Mohamed Yusof sebagai Timbalan Pengerusinya.

Ahli Lembaga Pengarah PWS pula dikurniakan kepada Datuk Dr. Anhar Opir; Datuk Dr. Ashraff Md. Hashim; Datuk Dr. Yusri Zakariah; Rohani Mohamad Sahir; Dr. Nurmazilah Mahzan; Datuk Izwan Hasli M. Ibrahim; Zainal Abidin Shariff dan Norlaili Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN