fbpx
Sultan Selangor (kanan) ketika menerima sembah maklum Shazeli mengenai perkembangan siasatan berhubung hinaan terhadap Baginda di media sosial.

307 laporan polis diterima berkait isu hina Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 307 laporan polis diterima setakat ini berhubung penularan bahan mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di media sosial.

Menerusi kenyataan di muat naik di Facebook Selangor Royal Office, perkara itu dimaklumkan selepas Baginda disembah maklum oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengenai perkembangan siasatan berkaitan isu tersebut.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 282 laporan polis diterima berhubung penghinaan terhadap Sultan Selangor menerusi hantaran di akaun Facebook ‘Huayan The Pureland Learning Center’.
“Selain itu, tujuh laporan polis diterima membabitkan hantaran penghinaan di akaun Facebook menggunakan nama ‘Beo Choon Yap’,” kata kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, Selangor Royal Office memaklumkan, sebanyak 18 lagi laporan polis dibuat terhadap satu lagi hantaran di akaun Facebook dengan nama ‘Lucas Liam’.

“Sehingga kini, satu tangkapan telah dibuat di Pulau Pinang,” ujarnya.

Tambah Selangor Royal Office, kemunculan bahan-bahan penghinaan terhadap Sultan Selangor di media sosial dipercayai susulan isu penternakan babi di negeri Selangor yang dibahaskan pada Sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN