fbpx

Konflik Palestin-Israel: Puluhan terkorban dalam serangan udara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP kelihatan selepas tentera Israel melancarkan serangan di Gaza hari ini. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Berpuluh-puluh penduduk Palestin terkorban manakala sebilangan yang lain cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza hari ini, lapor laman berita The Palestine Chronicle. 

Mereka yang terkorban turut terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Sebuah sekolah di Al-Faluja dan rumah di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza turut menjadi sasaran serangan askar Rejim Zionis.

Wartawan Agensi Berita Palestin, WAFA melaporkan, askar Israel menyasarkan Sekolah Hafsa yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di kawasan Al-Faluja, barat Jabalia, utara Semenanjung Gaza. 

Ramai orang awam turut terbunuh akibat pengeboman di sekurang-kurangnya sembilan buah rumah di kawasan Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

Pengeboman itu juga menyasarkan menara komunikasi di Bandar Gaza dan utara Semenanjung Gaza,menyebabkan gangguan sepenuhnya komunikasi di kawasan tersebut.

Lebih ramai penduduk Palestin termasuk dua wartawan turut terkorban, manakala yang lain cedera pada malam semalam dalam serangan udara askar Israel di kawasan berbeza di Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih 13,000 penduduk termasuk kira-kira 5,000 kanak-kanak dan 3,000 wanita terkorban akibat serangan tentera Israel di Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI