fbpx

Malaysia, Australia komited kekal hubungan dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Malaysia mahu jalinan persahabatan dan hubungan dua hala bersama Australia terus dipertingkatkan.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang erat dan beliau serta Perdana Menteri Australia Anthony Albanese juga pernah mengadakan beberapa pertemuan sebelum ini.

Jelas beliau, pertemuan itu temasuklah di Jakarta, Indonesia dan kali terakhir ketika Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Saya mengalu-alukan delegasi Australia (ke Parlimen Malaysia) dan saya memberikan jaminan bahawa Malaysia kekal komited sebagai rakan dan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Australia,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengalu-alukan kehadiran delegasi Ahli Parlimen Australia diketuai Ahli Parlimen Blair, Queensland, Shayne Neumann yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bersama Hal Ehwal Luar Negara, Pertahanan dan Perdagangan.

Johari turut menyuarakan harapannya agar lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Parlimen kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI