fbpx

Pengarah syarikat rugi RM2.37 juta jadi mangsa scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Hasrat seorang pengarah syarikat meraih keuntungan menerusi pelaburan saham berkecai apabila ditipu sehingga RM2.37 juta, baru-baru ini.

Mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 39 tahun itu terjerat dalam pelaburan tidak wujud tersebut selepas menekan pautan di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa kira-kira pukul 12.31 tengah hari pada Jumaat lalu.

Katanya, mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara untuk membuat pelaburan saham selepas menekan pautan disediakan dalam laman sosial tersebut dan memberikan nombor telefonnya.

“Mangsa diarahkan untuk melakukan deposit wang bagi memasuki pelaburan tersebut dan melakukan pindahan wang secara atas talian sebanyak enam kali dalam enam akaun bank berlainan.

” Jumlah keseluruhan pindahan wang dilakukan mangsa adalah bernilai RM2.37 juta,” katanya hari ini.

Jelas beliau, mangsa kemudiannya telah dimaklumkan telah berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak RM256,000.

Tambah Mohd. Iqbal, mangsa menyedari ditipu selepas dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM523,000 lagi bagi membuat pengeluaran wang keuntungan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah mempercayai pelaburan-pelaburan yang ditawarkan di laman media sosial.

“Semakan terlebih dahulu boleh dilakukan dengan menghubungi agensi-agensi yang terlibat seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau talian ‘997’ National Scam Response Centre (NSRC),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI