fbpx

Jalan di Terengganu mula dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tular mengenai keadaan sebuah jalan di Terengganu yang dinaiki air, pagi tadi.

PETALING JAYA – Jalan Sultan Omar di Kuala Terengganu mula dinaiki air susulan hujan lebat yang berterusan di negeri Terengganu sejak malam tadi.

Menerusi sebuah video yang tular melalui aplikasi WhatsApp, air banjir yang mula melimpah ke jalan telah menyebabkan kereta dan motosikal mengalami kesukaran untuk melalui kawasan tersebut.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka di Terengganu bermula 19 hingga 20 November.

Pagi ini, gelombang pertama banjir mula melanda negeri Terengganu terutamanya di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Antara kawasan terlibat ialah Taman Permai Murni, Gong Badak di sini serta Jalan Kamaruddin, Jalan Pusara, Batu Buruk, Taman Dahlia, Taman Alamanda 1, 2 dan 3, Kuala Ibai dan Losong, Kuala Terengganu.

Banjir yang melanda daerah ini turut menyebabkan tiga sekolah dinaiki air dan sesi pembelajaran terpaksa ditukar kepada mod Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI