fbpx

Kes tibi masih terkawal, rakyat diminta tidak panik – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha (dua dari kiri) melancarkan Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAP-AMR) 2022 -2026 di Putrajaya, hari ini. - Foto Facebook KKM

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes tuberkulosis atau tibi masih terkawal dan rakyat diminta tidak panik.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya mengesahkan beberapa kes tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun ia sentiasa dipantau oleh Bahagian Kesihatan Awam KKM.

“Bahagian Kesihatan Awam tengah melihat isu ini dan kita tak nak perkara yang tidak benar disebar-sebarkan sebab kita tak nak nanti orang ramai jadi panik.

“Tuberkulosis memang ada, cumanya ia dalam kawalan. Kita kena galakkan pesakit kalau ada apa-apa tanda tentang penyakit itu khususnya batuk berterusan terus pergi mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Dr. Zaliha berkata rakyat boleh mendapatkan maklumat jumlah kes tuberkulosis yang berlaku di kawasan mereka menerusi aplikasi MySejahtera.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri juga akan mengeluarkan kenyataan perkembangan terkini penyakit tuberkulosis dalam masa terdekat.

“Antara simptom utama penyakit tuberkulosis ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI