fbpx

IPT perlu sediakan program pembangunan bakat, sahsiah graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Permaisuri Norashikin ketika bertitah pada istiadat konvokesyen UiTM, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Semua institut pengajian tinggi (IPT) perlu menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar.

Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, universiti perlu memberi ‘kepercayaan’ kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti.

Tegas baginda, kita perlu akui bahawa pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Ia merupakan suatu pendekatan yang menekankan pada perkembangan individu secara holistik merangkumi aspek moral, etika, dan kemanusiaan.

“Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu mempunyai keupayaan menghasilkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri,” titah baginda sempena istiadat konvokesyen UiTM ke-98 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, di sini hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin berbesar hati apabila Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan Service Learning Malaysia – Universiti For Society atau SULAM dengan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan idea mereka kepada komuniti melalui kaedah Pembelajaran Menerusi Pengalaman.

“Kaedah ini pastinya akan membentuk keprofesionalan peribadi dan kesedaran kendiri dalam kalangan graduan.

“Malah, ia juga menghasilkan graduan yang serba boleh, kalis masa depan dan mampu memanfaatkan revolusi platform digital,” titah baginda.

Baginda turut menyeru dan menggalakkan graduan teruskan belajar sehingga peringkat yang lebih tinggi.

“Pembelajaran tidak seharusnya terhenti di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda sahaja. llmu merupakan asas kepada pembentukan tamadun tinggi.

“Sehubungan itu, budaya menimba ilmu perlu dirancakkan kerana Malaysia memerlukan problem solver dalam membantu negara menghadapi cabaran yang semakin kompleks,” katanya.

Pada istiadat pertama hari ini, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang dan sarjana kepakaran perubatan kepada 125 graduan.

Istiadat konvokesyen itu turut dihadiri sembilan orang alumni terawal UiTM, yang dahulunya dikenali dengan Dewan Latehan RIDA dari tahun 1959 hingga 1967.

Konvokesyen ke-98 yang berlangsung sehingga 14 Disember depan menyaksikan seramai 24,714 keseluruhan graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI