fbpx

Cedera selepas bantu trafik tempat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori dinaiki tiga pekerja sebuah syarikat propel selepas terbabas di KM184.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan).

JASIN – Tiga pekerja sebuah syarikat propel cedera apabila lori yang mereka naik terbabas selepas selesai membantu melancarkan kesesakan trafik susulan kejadian nahas di Kilometer (KM) 189.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Nur Faiz M. Khasron, 26; mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kiri, manakala Mohamad Najib Meera Hussain, 45, yang juga pemandu cedera di muka dan kaki.

Seorang lagi pekerja, Muhammad Nur Ikmal Haziq Azman, 24, hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan pulang ke Tangkak selepas selesai melancarkan trafik susulan nahas membabitkan tiga kenderaan di KM 189.2.

“Setibanya KM 184.6, lori propel itu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan sebelah kiri.

“Akibat nahas itu, seorang penumpang mengalami kecederaan parah, manakala pemandu cedera di muka serta kaki dan kedua-duanya telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

“Seorang lagi penumpang yang cedera ringan telah dibawa ke Hospital Jasin,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, nahas di KM189.2 itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi tadi melibatkan dua buah lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.

“Kedua-dua lori terbabit yang membawa muatan barangan beku dan makanan mentah itu dalam perjalanan dari arah utara menghala ke Johor.

“Setiba di lokasi, lori terbabit telah bergesel sesama sendiri dan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan dirempuh MPV terlibat yang tidak sempat mengelak,” katanya.

Ujarnya, akibat nahas itu, tujuh penumpang di dalam MPV termasuk lima pelancong dari China serta Turki mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan teruk sejauh 10 km kerana semua lorong terhalang dan pihak PLUS turut mengaktifkan laluan kontra di KM 189.9 hingga KM187.9 arah selatan.

Katanya kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta pengangkutan jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI