fbpx

Laporan polis SPRM: Keterangan Razali diambil lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (kiri) pada majlis pengumuman calon Pas bagi PRK Parlimen Kemaman di Arena Square, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris akan memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan mengeluarkan kenyataan palsu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu itu berkata, beliau telah diarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi keterangan pada lusa.

“PDRM meminta saya tampil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini pada Ahad ini.

“Saya sedia beri kerjasama. Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas lanjut laporan polis dibuat SPRM agar tidak mahu menganggu siasatan,” katanya ketika ditemui di Arena Square, Chukai di sini malam tadi.

Terdahulu beliau menghadiri majlis pengumuman calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Kosmo! Online 15 November lalu melaporkan SPRM membuat laporan polis berhubung satu hantaran aplikasi TikTok disifatkan sebagai tidak tepat serta menjejaskan kepercayaan orang awan kepada sistem penguatkuasaan dan perundangan negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Razali telah mengeluarkan beberapa tuduhan palsu yang cuba menjejaskan kredibiti agensi itu menerusi hantaran dibuat pemilik akaun @wancin11.

Razali mendakwa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan semasa selain turut mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung kes bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI