fbpx

Rangka Kerja Sukuk Kelestarian UEM diiktiraf RAM Sustainability

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – RAM Sustainability telah menyelesaikan semakan luaran Rangka Kerja Sukuk Kelestarian Berhad UEM Group Berhad (UEM) dan membuat kesimpulan bahawa ia memenuhi piawaian kewangan hijau yang diiktiraf.

UEM ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang mempunyai kepentingan dalam lebuh raya, perbandaran dan pembangunan hartanah, kejuruteraan dan pembinaan, aset dan pengurusan kemudahan, serta industri hijau.

Menurut RAM Sustainability dalam satu kenyataan hari ini, inisiatif hijau akan dibiayai di bawah rangka kerja berkenaan untuk tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengangkutan bersih, dan pencegahan serta kawalan pencemaran berpotensi menyumbang ke arah sasaran penyahkarbonan nasional seperti yang ditakrifkan dalam Pelan Peralihan Tenaga Boleh Baharu (NETR) dan Rancangan Malaysia Ke-12.

“Kami telah memberikan penarafan tertinggi, Faedah Alam Sekitar (EB) Tahap-1 masing-masing kepada projek tenaga boleh baharu untuk solar, tenaga hidro dan biogas, mencerminkan potensi sumbangan mereka faedah alam sekitar yang lebih luas.

“Sementara penarafan EB untuk projek lain yang layak di bawah julat rangka kerja adalah daripada Tahap-2 hingga Tahap-3,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI