PANEL solar lutsinar bakal mengubah landskap tenaga hijau global yang bukan sahaja menjadi inovasi menarik tetapi simbolik kepada integrasi teknologi tanpa mengorbankan estetika dan fungsi. Berbeza dengan panel solar konvensional yang biasanya legap (tidak dapat ditembusi cahaya) dan dipasang di atas bumbung bangunan atau kediaman, panel solar lutsinar sebaliknya direka untuk membenarkan cahaya menembusinya sekali gus sesuai digunakan pada tingkap atau permukaan kaca lain. Cahaya yang diserap kemudian ditukar menjadi tenaga elektrik melalui proses fotovoltaik dan pada masa sama cahaya……














