fbpx

Kerajaan wujudkan stok benih padi sah atasi masalah beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu ketika sesi pertanyaan menteri di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan beras yang dipercayai berpunca daripada manipulasi pihak pengeluar, kerajaan akan mewujudkan stok benih padi sah (BPS) sebagai langkah jangka panjang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan, penambahbaikan dan usaha mempertingkat peserta serta plot penanaman padi asas juga akan dilaksanakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selain memperluas penggunaan padi sah di Sabah dan Sarawak.

“Sebagai tanda kesungguhan kerajaan dalam menangani masalah BPS saya telah mengadakan lawatan mengejut ke kilang penyediaan benih padi di Alor Setar, minggu lalu untuk melihat stok bekalan.

“Sekarang kita bertindak dengan menggunakan apa saja cara, termasuk secara ‘fast track’ untuk penyediaan benih padi ini, sampai ke peringkat ia mencukupi sehingga tarikh akhir musim penanaman ini.

“Kita nak buat stok bekalan BPS supaya jika berlaku apa-apa hal, stok boleh digunakan seperti beras yang mempunyai bekalan sehingga lima bulan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang ingin tahu mengenai aspek pematuhan dan penguatkuasaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) bagi membendung aktiviti manipulasi harga BPS.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan asal Ahmad Fakhruddin mengenai langkah diambil bagi menangani isu penjualan BPS, Mohamad berkata, beberapa langkah drastik jangka pendek telah dilaksanakan oleh kementeriannya termasuk memantau dan mengawal ketat proses kelulusan ladang dan makmal terhadap 12 pengeluar BPS berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan jabatan dan agensi sebelum dijual kepada pesawah.

“Kita juga meluluskan 532,325 kampit BPS bagi kegunaan di Kedah dan Perlis serta melancarkan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara bermula 7 November lalu.

“Ini bagi memastikan peruncit menjual mengikut harga yang ditetapkan kerajaan dan tiada unsur menyorok BPS. Mengenai isu peruncit yang menjual benih padi melebihi RM45 seperti ditetapkan, kerajaan menarik semula lesen penjualan BPS serta-merta. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI