fbpx

Bicara 1MDB Najib: Jasmine pernah jumpa Jho Low di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmine Loo Ai Swan (kanan).

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low pernah mengadakan pertemuan dengan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan di China, lima tahun lalu.

Saksi pendakwaan ke-48, Asisten Komisioner Foo Wei Min berkata, pertemuan itu dimaklumkan oleh Jasmine kepadanya ketika menyoal siasat wanita itu pada Ogos dan September lalu.

Jasmine dikatakan antara sekutu rapat Jho Low yang terlibat dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki, ditahan polis pada 7 Julai lalu selepas pulang ke tanah air.

Wei Min yang juga Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) berkata, antara bekas pegawai 1MDB yang turut serta dalam pertemuan itu ialan bekas pegawai 1MDB, antaranya Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Azmi Tahir.

Beliau yang juga pegawai penyiasat 1MDB menyatakan demikian pada perbicaraan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau mengetahui Jasmine dan Jho Low sangat rapat, Wei Min berkata, Jasmine boleh dianggap sebagai pembantu peribadi kerana wanita itu sering dibawa bersama ketika menghadiri mesyuarat.

Disoal lanjut, saksi itu bersetuju bahawa Jasmine adalah saksi penting dalam perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB dihadapi Najib yang boleh mendedahkan isu berkaitan Tanore Financial Corp.

Wei Min turut bersetuju bahawa keterangan Jasmine boleh menyelamatkan Najib atau menyebabkan bekas Perdana Menteri disabitkan dengan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung 5 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI