fbpx

Rugi setengah juta ringgit ditipu sindiket pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Terpedaya dengan keuntungan lumayan, membuatkan seorang penjawat awam kerugian lebih setengah juta ringgit akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata lelaki berusia lewat 50-an itu mengenali seorang lelaki bernama Chong melalui Facebook pada awal Julai lalu, dengan suspek memperkenalkan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan melalui platform ‘Yomaex’ kepada mangsa.

“Mangsa yang berminat kemudian membuka dua akaun pelaburan dalam platform berkenaan, dan seterusnya melakukan 43 transaksi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM540,000 ke 16 akaun bank atas nama syarikat yang berlainan pada Julai sehingga Oktober lalu.

“Menurut mangsa, dia hanya mendapat pulangan dua kali berjumlah kira-kira RM8,400 sahaja sepanjang menyertai pelaburan itu dan hanya menyedari ditipu setelah mendapati laman sesawang Yomaex tidak dapat diakses dan suspek gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala dalam satu kes berasingan, Mancha berkata seorang wanita yang merupakan pesara swasta lesap wang simpanannya sebanyak kira-kira RM200,000 selepas ditipu rakan Facebook bernama Aliana Soh.

Katanya mangsa yang berumur dalam lingkungan 60-an menerima mesej daripada suspek melalui Facebook Messenger pada Oktober lalu, yang mengatakan mangsa tersenarai sebagai pemenang ‘United Nation & Facebook Programme’ yang dipilih secara rawak oleh Facebook.

“Mangsa kemudian melakukan 17 transaksi pemindahan wang berjumlah RM200,000 melalui kaunter bank dan mesin ATM ke enam akaun bank atas nama individu yang berlainan pada Oktober lalu,” katanya.

Jelasnya, mangsa hanya menyedari ditipu setelah diminta membuat bayaran tambahan sedangkan hadiah USD100,000 masih belum diperolehi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI