fbpx

‘Tiada kompromi jika anggota terbabit salah laku’- KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tengah), menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mohd Nasri Omar (kiri), kepada Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (kanan). -Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pegawai serta anggota yang terlibat dengan salah laku.

Ia usulan penahanan tiga anggotanya pada Jumaat lepas selepas disyaki memeras ugut dan mengurung seorang lelaki warga asing.

“Saya boleh cakap di sini bahawa kita tidak ada kompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota, sekiranya dia terlibat dengan mana-mana jenis salah laku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas dan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di MESS Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam majlis hari ini, seramai lapan Pegawai Kanan Polis dipakaikan lencana pangkat sebagai tanda kepercayaan serta mandat untuk memikul tanggungjawab diamanahkan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai enam individu termasuk tiga penjawat awam diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes penculikan serta peras ugut seorang warga asing.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak menerima laporan pada Rabu lalu daripada warga asing yang menyatakan bapa saudaranya meminta membawa sejumlah wang untuk menyelamatkannya.

Menurutnya, pengadu turut menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang melarangnya membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dan pegawai IPD Gombak menahan tiga lelaki yang juga penjawat awam dalam operasi pukul 9.30 malam di kawasan Lembah Klang.

“Selain tiga penjawat awam ini, kita menahan tiga orang awam. Polis kini sedang mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI