fbpx

Sasar sejuta celik al-Quran dalam 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

TEMERLOH – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sejuta kanak-kanak yang menerima pendidikan awal menerusi Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjadi celik al-Quran dalam tempoh 10 tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 10,843 Tabika Kemas di seluruh negara terlibat bagi memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu, menjelang tahun 2026, Tabika Kemas mampu melahirkan seramai 100,000 huffaz kanak-kanak di negara ini.

“Insya-Allah jika setiap tiga tahun kita dapat lahirkan 100,000 kalau tidak pun huffaz, tetapi adalah mereka yang celik kepada al-Quran, bayangkanlah cuma memerlukan 10 tahun sahaja daripada sekarang untuk kita mencapai jumlahnya 300,000.

“Kami mempunyai matlamat untuk mewujudkan 1 juta huffaz dalam kalangan anak anak tadika ini untuk celik al-Quran melalui kerjasama daripada Yayasan Pahang,” katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Daerah Temerloh, di Dewan Tun Razak, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI