fbpx

Reman tujuh remaja disyaki rogol gadis 15 tahun disambung hingga Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada tujuh suspek dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas menerima perintah lanjut reman bagi membantu kes rogol di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Perintah reman tujuh remaja lelaki yang disyaki memperkosa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun disambung tiga hari lagi sehingga Khamis ini.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 14 hingga 19 tahun tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mereka yang tiba di pekarangan mahkamah pada 10 pagi disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, mereka telah ditahan di beberapa lokasi berasingan pada 8 November lalu berikutan laporan polis dibuat mangsa.

Kosmo! Online 9 November lalu melaporkan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa mendakwa diperkosa secara bergilir-gilir oleh kesemua suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI