fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bayi pramatang dibungkus guna pembalut aluminium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi di hospital Al-Shifa diletakkan di dalam pembalut aluminium. - BBC

BANDAR GAZA – Doktor-doktor di hospital paling besar di Semenanjung Gaza terpaksa membungkus sebilangan bayi pramatang dengan pembalut aluminium dalam usaha terdesak untuk memastikan mereka terus hidup.

Akhbar Mirror UK melaporkan, kakitangan Hospital Al-Shifa bergelut untuk menyelamatkan nyawa bayi baru lahir selepas kehabisan oksigen dan bekalan elektrik. 

Mereka terpaksa memindahkan bayi dalam inkubator daripada unit neonatal ke bahagian lain di hospital tersebut.

Pengarah hospital, Dr. Muhammad Abu Salmiya bekata: “Mereka (bayi pramatang) kini terdedah kerana kami telah mengeluarkan mereka daripada inkubator.

“Kami membungkus mereka dalam pembalut aluminium dan meletakkan air panas di sebelah untuk memanaskan mereka,” katanya.

Ketua Jabatan Pediatrik, Dr. Mohamed Tabasha berkata: “Semalam kami mempunyai 39 bayi dan hari ini berkurang kepada 36 orang. Saya tidak boleh mengatakan berapa lama mereka boleh bertahan. 

“Kami berisiko kehilangan dua lagi bayi hari ini atau dalam masa sejam. 

“Saya tidak menyangka dalam hidup untuk meletakkan 39 bayi di atas katil, masing-masing mempunyai penyakit berbeza dan dalam kekurangan kakitangan perubatan yang teruk ini, serta susu,” katanya.

Kementerian kesihatan Gaza berkata, enam bayi pramatang dan sembilan pesakit telah meninggal dunia sejak bekalan elektrik terputus bermula minggu lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bangunan Al-Shifa tidak lagi berfungsi sebagai hospital. 

Terdapat tembakan berterusan dan pengeboman di kawasan itu, tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI