fbpx

Polis terima dua laporan terhadap Siti Mastura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng. Foto oleh Shidiqin Zon/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) menerima dua laporan melibatkan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad yang mendakwa  Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng.

Dua laporan polis itu antara lain meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung tuduhan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah SPU, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, laporan pertama dibuat berkait laporan polis di Teluk Intan, Perak dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, kita menerima dua laporan yang dibuat terhadap Siti Mastura,” katanya.

Tambahnya, keterangan Siti Mastura akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman esok.

Terdahulu, media melaporkan Guan Eng memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas mendakwa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan Chin Peng.

Tindakan itu berdasarkan ucapan kebencian Siti Mastura di Kemaman, Terengganu pada majlis Ameerah atau ahli wanita muda Pas pada 4 November lalu yang diselit dengan pembohongan keterlaluan dan fitnah jahat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI