fbpx

Rasa jantung gugur ke lantai, Uyaina ditahan di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Uyaina Arshad terkejut apabila ditahan oleh masryal semasa lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengacara Uyaina Arshad berkongsi detik cemas ditahan oleh seorang marsyal di Amerika Syarikat (AS) hanya disebabkan penampilannya yang seolah-olah wanita Arab, baru-baru ini.

Justeru, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad yang sememangnya lantang bersuara tentang nasib rakyat Palestin membatalkan hasratnya untuk meneruskan perjalanannya untuk ke bandar besar lain di negara Uncle Sam tersebut.

“Itu belum cerita macam mana marsyal Amerika Syarikat tahan saya. Mungkin sebab saya memakai tudung tutup atas sampai bawah dan kening tebal mereka ingat saya orang Arab.

“Semasa marsyal tahan saya, rasa jantung jatuh ke lantai. Dia sangat besar dan tengok saya atas bawah. Seram.

“Terutama sekali selepas buat hantaran video yang tular sebelum ini. Saya ingat dia tahan pasal video terbabit,” katanya dalam hantaran Instagram semalam.

Sementara itu, pengacara Wanita Hari Ini itu memaklumkan pembatalannya pada saat akhir penerbangan ke New York kerana firasatnya tidak begitu baik untuk ke sana.

“Dalam hati waktu itu nak cepat balik Malaysia. Berani mati juga saya buat dan rekod video semasa di Amerika Syarikat.

“Saya juga sepatutnya pergi ke New York selepas Los Angelas tetapi saya batalkan.

“Entahlah. Ada rasa yang tidak seronok mengenai New York. Naluri saya kata jangan pergi jadi saya ubah penerbangan pada saat akhir,” jelasnya lagi.

Disebabkan keberadaan Uyaina di AS selepas lantang dalam isu Palestin, segelintir pihak mempersoalkan mengapa dirinya memilih untuk berada di negara pro-Israel tersebut.

Bagaimanapun, Uyaina menjelaskan tindakannya berkunjung ke sama semata-mata demi tuntutan kerja selain menolak bekerja di bawah jenama pro-Israel.

“Ramai orang mengecam saya berkunjung ke Amerika Syarikat kerana mereka sekutu dengan Israel. Saya mahu bertanya, awak semua berhenti kerja tak semata-mata untuk lantang dalam isu Palestin?

“Ini kerja saya yang memang memerlukan hantaran dalam media sosial. Kalian tidak tahu berapa banyak jenama yang saya tolak semata-mata mereka sokong Israel.

“Ada yang saya sudah lengkapkan penggambaran cuma tinggal buat hantaran tetapi saya batalkan dan tanggung kerugian,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Sebelum ini, Uyaina melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap peperangan berlaku antara Palestin dan Israel.

Tegasnya, dia kecewa apabila terdapat individu yang enggan bersuara bagi memperjuangkan hak penduduk Gaza walaupun pelbagai video kekejaman Zionis dipaparkan dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI