fbpx

Kenderaan bertambah, aliran trafik masuk Kelantan masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilangan kenderaan yang melalui bandar Gua Musang semakin bertambah sejak malam tadi. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan melalui jalan Gua Musang di sini semakin bertambah sejak malam tadi menjelang sambutan Hari Deepavali esok.

Tinjauan Kosmo! di laluan lampu isyarat menuju bandar Gua Musang di sini mendapati, bilangan kenderaan mula bertambah sejak 10 pagi tadi, namun keadaan trafik masih terkawal.

Seorang perantau, P. Muguthan , 36, berkata, dia bersama isteri dan dua anak bertolak dari rumahnya di Kuala Selangor, Selangor kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Katanya, meskipun kenderaan semakin bertambah menuju Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi terkawal.

“Kami sekeluarga merancang perjalanan apabila bertolak pada awal pagi bagi mengelak kesesakan menjelang waktu petang.

“Kami sudah biasa dengan kesesakan jalan raya setiap tahun terutamanya ketika musim perayaan. Jadi, kami tempuh sahaja kerana bersemangat untuk pulang menyambut pesta cahaya bersama ahli keluarga di Tanah Merah,” katanya.

Seorang lagi pengguna jalan, Nur Amira Natasha Muhammad Azmi, 30, yang bekerja di Cheras, Kuala Lumpur pula berkata, dia mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Deepavali.

Katanya, dia bertolak pukul 8.30 pagi tadi dan tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari untuk berhenti rehat di Hentian Gua Musang.

Katanya, laluan di beberapa jalan utama terutamanya di kawasan lampu isyarat kawasan bandar agak perlahan.

“Saya akan pulang bercuti untuk berjumpa dengan keluarga di kampung halaman setiap kali cuti panjang atau musim perayaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI