fbpx

‘Hanya saya tahu siapa diri saya yang sebenar-benarnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KASIH Iris Leona

PETALING JAYA – Enggan mengusutkan fikiran, pempengaruh sensasi Leona memilih pendekatan menyekat mana-mana akaun media sosial individu yang menyebarkan virus kebencian mengenai dirinya dalam media sosial.

Selain menyekat, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona Azhar, 21, juga tidak menghiraukan segala komen-komen negatif mengenai dirinya kerana enggan membiarkan emosinya terkesan.

“Sejujurnya, saya hanya abaikan sahaja dan tidak membaca semua komen.

“Jika ‘haters’ muncul, saya hanya akan menyekat individu tersebut serta-merta,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory baru-baru ini.

Tambah anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu, perkara tersebut dilakukan kerana menganggap kehidupannya adalah perihal peribadi dan tidak perlu sebarang penjelasan lanjut kepada umum.

“Saya mencuba sehabis baik untuk mengelak sebagai energi negatif.

“Selain itu, saya juga merasakan tidak perlu membuktikan siapa diri saya kepada orang lain,” ujarnya.

Baginya, semua pihak boleh melemparkan pelbagai perkara terhadapnya namun hanya dia sahaja tahu kebenaran di sebalik semua yang berlaku.

“Anda boleh berkata apa sahaja mengenai saya tetapi anda tidak pernah tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dimuat naik Leona selepas menerima pertanyaan daripada netizen mengenai bagaimana dia menghadapi segala komen dan kata-kata negatif.

Leona sebelum ini kerap menjadi mangsa kecaman ramai apabila sering tampil dengan busana mencolok mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI