fbpx

Fadhlina wakil Malaysia sampaikan Kenyataan Negara di UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika menyampaikan ucapan di ibu pejabat UNESCO baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah diberi kesempatan untuk menyampaikan Kenyataan Negara mewakili Malaysia di Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-42 di Ibu Pejabat UNESCO, di Perancis, pada Khamis lalu.

Menurutnya, persidangan agung yang berlangsung pada 7 hingga 22 November itu kali ini mengangkat agenda Pendidikan Damai yang mengungkapkan peranan setiap negara dalam memupuk budaya damai, harmoni dan mesej keamanan menerusi peranan pendidikan.

“Pendidikan adalah asas utama untuk memperkasa masyarakat. Pendidikan berkualiti dapat mengubah kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Ini termasuk membuka peluang ekonomi yang lebih luas, menoktahkan kemiskinan serta ruang untuk mobiliti sosial,”

“Pendidikan berkualiti seperti yang turut disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah asas bagi membangunkan Malaysia Madani,” katanya dalam persidangan tersebut.

Selain itu, Menteri Pendidikan telah menekankan mengenai kesungguhan kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti bagi semua murid merentasi batasan kaum, agama dan status sosial.

Persidangan agung itu turut dihadiri wakil-wakil dari 194 negara ahli serta ahli bersekutu, bersama-sama dengan pemerhati, organisasi antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ia merupakan satu penghormatan buat Malaysia apabila saya dapat menyertai sesi Dialog Peringkat Menteri Berkaitan Pendidikan Keamanan UNESCO (UNESCO High-Level Ministerial Dialogue on Education).

“Memetik kata Maria Montessori, ‘Education is the best weapon for Peace’, selamanya peranan pendidikan harus tuntas mengangkat tema kemanusiaan sejagat dan nirmala keharmonian marcapada ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI